Adobe Creative Cloud
Creative Cloud menghimpunkan semua yang anda perlukan untuk mencipta karya terbaik anda. Satu keahlian mudah memberi anda dan pasukan anda:
- Akses kepada versi terkini semua aplikasi desktop kreatif profesional Adobe seperti Adobe Photoshop,® Adobe Illustrator,® dan banyak lagi.
- Keupayaan storan awan dan perkongsian fail supaya anda boleh mengakses fail anda dengan pasti di mana-mana anda berada, walaupun pada peranti mudah alih anda dan anda boleh berkongsi konsep anda dengan pelanggan atau rakan sekerja dengan lebih mudah berbanding sebelum ini.
- Perkhidmatan berasaskan awan untuk membolehkan anda membina dan menerbitkan tapak web, apl mudah alih, penerbitan iPad dan kandungan untuk sebarang medium atau peranti.